KOLONI WALET

Research Burung Walet PENGENALAN Walet seringkali disalah ertikan sebagai burung layang-layang tetapi hakikatnya ia adalah dua spesies yang berbeza. Burung walet berasal daripada keluarga ‘Apodidae’ dan mempunyai tabiat tidak suka bertenggek. Sarangnya pula boleh dimakan dan terdapat tujuh spesies kesemuanya. Manakala, burung layang-layang pula berasal daripada keluarga ‘Hirudininae’, gemar bertenggek, dan sarangnya pula tidak boleh dimakan kerana ia diperbuat daripada rumput dan batu. Terdapat hanya dua spesies burung walet yang sarangnya boleh dimakan iaitu ‘Aerodramus Fuciphagus’ (edible nest-swiflet) dan ‘Aerodramus Maximus’ (black nest-swiflet). Edua-dua spesies ini banyak ditemui di negara-negara Asia Tenggara seperti Malaysia dan Indonesia. Untuk bersarang, burung walet memerlukan suhu di sekitar antara 26-31 darjah celsius dan kebiasaannya hidup berpasang-pasangan. Anak burung walet yang baru menetas akan buta selama 20 hari dan apabila berusia 7-9 hari, ia akan mula memakan bolus serangga dan mula minum pada usia 10 hari. Burung walet gemar memakan serangga dan segala aktiviti yang dilakukan adalah ketika terbang kerana spesies ini tidak dapat bertenggek. Aktiviti tersebut termasuklah makan, minum, dan mengawan. Kesemua aktiviti ini akan dilakukan di udara dan ia hanya akan pulang ke sarang pada waktu senja untuk berehat dan bertelur. JADUAL AKTIVITI HARIAN BURUNG WALIT _5:00-6:30 am_Burung walit dewasa keluar mencari makanan utk anaknya. _7:00-8:30 am_Pulang memberi makanan kepada anaknya, bermain mengelilingi rbw sebelum mencari makanan semula. _9:00-11:00 am_Lepak kawasan hutan berdekatan (pokok² hijau) kawasan lapang(sawah), pokok² dekat kawasan rbw sebab dekat dgn makanan. _12:00am-3:00pm_Bila makanan berdekatan semakin kurang burung walet akan berpindah ke kawasan pohon yang lebih tinggi dan kebun² untuk mencari pokok berbunga(kelapa, pokok ara, kelapa sawit, kerian, petai belalang, pinang, durian, dll) Jika sumber makanan dekat bw akan balik utk memberi anaknya makan. _3:00-4:00pm_Burung walet lepak kawasan berair ( sungai, paya,loji, rawah² dll) _5:00-6:30pm_Acara bebas Terbang ke pohon tinggi/rendah, lepak di kawasan berair, bermain air, mencari serangga untuk makanan piyik atau Bermain mengelilingi rbw, area roving room sebelum memasuki rbw. _7:00-7:30pm_Ada beberapa ekor bw yang masih memburu dengan adanya lampu. _8:00pm-5:00am_Berehat, kembali membina sarang. CIRI-CIRI RUMAH BURUNG YANG BAIK Bau Bau tahi burung adalah bau yang pertama dihidu oleh burung walet yang baru lahir. Dari hari pertama burung walet lahir sehingga besar, bau tahi burung memberi kesan yang besar dan akan diingatinya buat selama-lamanya. Oleh itu, rumah burung walet yang hendak dibina mesti mempunyai bau yang sama macam tempat tinggal asalnya. BW mungkin akan melawat RBW dan menginap didalamnya. BW akan menginap di RBW baru jika RBW yang lama sudah penuh atau ada masalah. Sifat sosial BW adalah hidup dalam kumpulan dan suka tinggal berdekatan ibu bapanya. Oleh itu, sekiranya RBW dapat membuatkan keadaan sekitarnya seperti habitat BW dengan menggunakan tahi BW, maka RBW berpotensi untuk berkembang. Pintu Keluar/Masuk RBW Tiada saiz yang ditetapkan untuk pintu keluar/masuk untuk RBW. Jangan memasang dinding kayu atau sebagainya terlalu rapat dengan pintu keluar/masuk sehingga dapat menyekat penglihatan BW. Hal ini akan menyukarkan BW untuk keluar atau masuk dalam RBW tersebut. Saiz pintu keluar/masuk yang sesuai untuk BW membuat pusingan selamat amat penting. Pintu keluar/masuk yang sesuai akan dapat menarik minat BW untuk tinggal di dalam RBW tersebut. Suara Panggilan Burung BW hidup secara berkoloni. BW berasa sangat selesa dan selamat jika berada dalam persekitaran yang penuh dengan spesisnya. Oleh itu, RBW harus mempunyai suara BW yang jelas serta menggambarkan persekitaran yang banyak koloni BW. BW suka berada dekat dengan tweeter kerana berasa lebih selamat. BW akan merasa berada dalam koloninya. Oleh itu, perbanyakkanlah pasang tweeter dalaman di tempat yang bersesuaian untuk BW. Papan Pembiakkan BW menyukai papan pembiakkan yang tidak berbau dan sederhana keras untuk bergayut. Banyak garis lorek lebih baik. Ketebalan 1 inci dan lebar 6-8 inci. Lekatkan rapat-rapat dengan siling kerana BW akan rasa lebih selamat. Lebih banyak tempat begayut untuk BW, lebih baik RBW tersebut. Suhu Pastikan suhu RBW 27-30 darjah celcius. Dengan suhu sebegini bulu-bulu BW tidak akan jatuh sewaktu membina sarang. Kualiti sarang juga akan menjadi baik dari segi bentuk, saiz dan kelembutannya. Kelembapan Kelembapan antara 80-95% adalah ideal. Anak-anak BW di dalam sarang akan berasa selesa, kulit mereka tidak akan terlalu kering dan anak BW juga tidak akan cepat berasa dahaga. Keadaan sebegini juga akan membuatkan SBW yang dihasilkan lebih berkualiti. Kegelapan Kegelapan dalam RBW membuatkan Bw berasa lebih selamat. Jadikan RBW itu segelap yang mungkin. Cahaya dari pintu keluar/masuk tidak menjadi masalah asalkan tempat pembiakkan masih gelap. Pemangsa BW tidak suka diburu dan dijadikan bahan buruan. Anak-anak BW adalah keutamaan, jika mereka diganggu BW akan berasa tidak selesa untuk hidup dalam RBW. Oleh itu, pastikanlah RBW bebas bebas dari pemangsa agar BW berasa selesa untuk tinggal dan membuat sarang dalam RBW tersebut. Lokasi RBW yang menjadi kegemaran BW adalah di kawasan tumbuhan. Hutan yang mengandungi banyak kayu-kayu, pokok, sungai, aliran air dan lain-lain merupakan kawasan yang ideal untuk BW. Kawasan air seelok-eloknya tidak jauh dari RBW sebagai keperluan untuk BW untuk bermain, mandi dan minum. Jika RBW dibina di kawasan sebegini, peluang untuk BW menetap adalah sangat tinggi. Saiz RBW Saiz RBW tidak berapa penting untuk BW, yang penting keperluan di atas sudah dipenuhi. RBW yang kecil bukan satu kekurangan asalkan saiz RBW tersebut cukup untuk BW bersarang dan membuatkan mereka berasa selesa. Jika keadaan RBW baik maka BW akan tinggal di dalamnya dan akan melihatkan tanda-tanda sarang pada bila-bila masa. TIPS MEMBUAT MAKANAN BURUNG WALET Dengan buah Untuk mendatangkan serangga terbang makanan kesukaan walet cukup mudah yaitu dengan meletakan buah buahan yang hampir busuk di sekitar lokasi rumah walet kita. contoh buah dan kulit buah nanas,kulit buah rambutan, buah semangka dan masih banyak jenis buah yang ketika busuk dapat memancing serangga terbang berdatangan. Untuk di dalam ruangan rumah walet terutama di ruangan roving room gunakan buah nanas yang sudah matang sangat efektif untuk memancing serangga makanan walet. Bau yang di timbulkan dari buah nanas ketika busuk tidak membuat walet takut dan kabur sehingga buah nanas sangat tepat di jadikan pemancing serangga terbang yang menjadi makanan burung walet. Banyak para petani walet yang sudah menerapkan cara memancing serangga makanan walet dengan menggunakan buah nanas.Dari keterangan mereka cara tersebut dapat meningkatkan populasi walet pada rumah walet mereka, dengan di tandai semakin bertambahnya sarang setiap bulannya.Mereka meletakkan potongan buah nanas ke dalam baskom di setiap ruangan. Dari keterangan mereka juga di dapatkan bahwa kehadiran buah nanas di rooving room dapat memancing walet cepat menginap pada rumah walet yang masih baru .banyaknya serangga beterbangan di sekitar buah nanas tersebut,membuat walet merasa betah karena hadirnya serangga beterbangan yang dihasilkan oleh buah nanas tersebut. Selain buah nenas, ubi kayu yang sudah diparut juga boleh digunakan untuk menarik serangga yagn disukai oleh BW. Ubi kayu tersebut haruslah diparut dan diletakkan di sebuah bekas. Kemudian bekas tersebut disimpan pada ruang berdekatan pintu keluar masuk RBW. Dengan baja ayam Alat dan Bahan yang harus disediakan: Pur / Pakan Ayam 2 kilo, Susu Kental Manis 1 tin, Air secukupnya, Baldi Mandi Cara Membuatnya Masukkan ke dalam bak mandi Pur/Pakan Ayam dan juga susu kental manis lalu tambahkan air secukupnya kemudian aduk seperti mengaduk adonan kuih sampai merata Taruh didalam rumah burung waletTunggu 3-7 hari maka akan muncul banyak sekali ulat-ulat kecil yang nantinya akan menjadi serangga terbang TEKNIK MEMIKAT WALET DENGAN AROMA Kotoran Walet Dalam RBW, kotoran wallet ditabur secara merata di lantai, dinding dan pintu keluar/masuk RBW. Kotoran yang digunakan adalah kotoran walet yang masih baru. Biasanya, aroma yang dihasilkan akan bertahan hingga 3 minggu. jika ingin menebarkan kotoran walet ke dinding, kotoran walet tersebut sebaiknya dicampur dengan air, kemudian hasil rendamannya disembur ke dinding. Berikut ini langkah-langkah membuat larutan dari kotoran wallet: Sediakan 10 kg kotoran walet dan 5 liter air, campur kedua bahan tersebut hingga merata. biarkan cairan tersebut selama 5 hari. Setelah itu, larutan tersebut disaring untuk memisahkan antara bahan dengan cairan. Air hasil saringan dicampur dengan minyak ikan dengan perbandingan 3 : 1, campurkan sehingga rata. sembur cairan tadi ke seluruh dinding. semburan dapat dilakukan sesering mungkin, paling tidak seminggu sekali. Cara membuat parfum sirip walet paling mudah dan sederhana (aroma perangsang) Bahan-bahan : 1-5 sarang burung walet (kualitas paling jelek) 5 liter air bersih / air PDAM yang sudah didiamkan selama 1 malam 5 butir telur bebek / itik / ayam Cara membuat parfum sirip walet Rendam sarang burung walet di dalam air selama kurang lebih 1 jam kemudian hancurkan sarang burung walet sehingga halus dengan menggunakan mesin blender. Buka telur itik atau ayam dengan membuang kuning telurnya. Masukkan 5 liter air pada sebuah teng atau ember atau wadah, kemudian masukan sarang yang sudah dihaluskan bersama putih telur kedalamnya, aduk atau kocok hingga semuanya tercampur merata kemudian tutup rapat. Simpan di tempat yang sejuk, terhindar dari panas matahari selama 7 hari atau paling cepat 4 hari. Tempat yang paling tepat adalah di ruang inap. Setelah hari ke 8 parfum sirip walet sudah siap di gunakan, cara penggunaanya sangat mudah yaitu dengan menguaskan pada papan sirip walet menggunakan kuas cat atau menggunakan semprotan hand spray. CARA MENARIK BURUNG WALET AGAR CEPAT BERSARANG Memasang Gabus Di Papan Sirip Penggunaan gabus di papan sirip telah meningkat pengeluaran sarang burung walet sehingga 35%. Ternyata BW sangat senang membuat sarang di atas gabus. Menurut ahli pakar walet, gabus memberikan kemudahan bagi burung walet untuk membangun sarang dan memudahkan walet anak yang baru belajar terbang untuk hinggap di gabus. Gabus juga menarik walet pendatang baru untuk segera membuat sarang di atas gabus tersebut. Pemakaian gabus juga mencegah anak BW pergi dengan cara menempel gabus di dekat sarang induknya yang mana nantinya setelah usia anak walet matang, dia akan bersarang di atas gabus yang ada. Tips agar anak BW tidak mudah pergi mencari sarang baru adalah tuaian dilakukan setelah 2 kali tetasan, sebab jika baru sekali sarang sudah di ambil menyebabkan burung muda pergi karena merasa asing dengan tidak adanya sarang induknya. Memang gabus yang sudah di tempati sarang BW akan mengalami kerosakkan yaitu cengkung ke bagian dalam, jadi setelah menuai sarang BW sebaiknya perlu mengganti gabus tersebut. Jangan lupa juga untuk menyembur sedikit aroma diatas gabus baru untuk menghilangkan stress BW yang kehilangan sarangnya. Memasang Besek Besek bambu sekarang ini semakin terkenal dan terbukti berkesan memikat BW cepat bersarang, itu terbukti dari banyaknya burung walet yang membuat sarang di bakul besek bambu tersebut. Kelebihan khusus dari besek yang di pasang di antara papan sirip adalah tekbukti mampu marangsang BW untuk cepat menginap di rumah burung walet baru. Banyak penternak BW menggunakan besek bambu karena harganya yang terjangkau dan juga pemasangannya yang mudah jika di bandingkan dengan sarang walet palsu. Pemasangan bakul besek pada rumah walet sangatlah mudah dengan hanya menggunakan stapler tembak, paku tekan dan paku papan. Pemasangan bakul besek yang betul pada rumah walet adalah di depan tweteer inap

sp sibotak suara panggil walet berkualitas

Dapatkan Suara panggil walet berkualitas yang sudah Terbukti dan Teruji menyukseskan gedung Walet. https://bit.ly/3a7elUo ...